Acara By: Aqilah Paharuzi November 22, 2022 @ 11:17am

Festival Petaling Jaya International Folklore 2022 Bakal ‘Gegar’ Bermula 28 November.. Konsert Istimewa WINGS Jadi Tarikan!

Setelah dua tahun menyepi, Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Petaling Jaya (PJ Folklore) 2022 ke-7 bakal diadakan pada 28 November hingga 4 Disember ini bertempat di Dataran Petaling Jaya dan Pusat Bandar Seksyen 52, PJ. . 

Acara tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ini akan dimeriahkan dengan 31 program menarik dan menampilkan konsert istimewa kumpulan rock terkenal, WINGS.

Antara program yang disenaraikan melibatkan PJ Fight Night (MMA), Pocket Show, Asian Food Festival, Pameran Busana & Jualan Pelbagai, Wayang Kulit (Pok Chu), Dikir Barat (Issey), Persembahan Kebudayaan Antarabangsa, Pertunjukan bunga api dan lain-lain. 

Menurut Datuk Bandar Petaling Jaya, YBrs. Tuan Mohamad Azhan bin Md Amir festival ini mensasarkan jumlah pengunjung sebanyak 30,000.

“Penganjuran festival ini bertujuan untuk mempromosikan Bandaraya Petaling Jaya khususnya, dan negeri Selangor serta Malaysia amnya sebagai sebuah kota seni dan destinasi pelancongan Antarabangsa dengan mengetengahkan kepelbagaian, keunikan, dan keharmonian kesenian rakyat dan budaya komuniti tempatan dan antarabangsa,” katanya. 

Disoal mengenai pemilihan WINGS sebagai kumpulan band yang bakal membuat konsert sempena PJ Folklore 2022 ini, Mohamad Azhan berkata bahawa WINGS mempunyai penyokong yang besar, nescaya beliau percaya kemeriahan festival ini akan menjadi luar biasa. 

Festival ini juga merupakan usaha sama di antara MBPJ dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), International Council of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts (CIOFF Malaysia) dan Tourism Selangor.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Wed, 19 Sep 2018

Pahit TAPI Peria Boleh Panjangkan Umur?

Sayur peria memang terkenal dengan rasanya yang pahit. Tapi, sekiranya kena dengan cara masakan, peria yang pahit ini boleh bertukar menjadi satu hidangan lauk yang lazat.

Featured Sat, 12 May 2018

Jangan Makan 5 Makanan Ini Secara Mentah. No.3 Itu Yang Selalu Anda Makan!

Jangan fikir bahan masakan yang mentah boleh dimakan sesuka hati ya! Bahaya sebenarnya.

Trending Sat, 16 Jun 2018

Isu PATI Di Amerika Syarikat, Trump Naik Angin!

Selepas Trump pada awalnya berkata beliau tidak berminat dengan rang perjanjian Republican yang memasukkan penetapan isu pemisahan selain perlindungan Tindakan Penangguhan untuk Ketibaan Kanak-kanak (DACA) bagi pendatang muda yang tiba secara haram ketika kanak-kanak, Rumah Putih sebaliknya tidak menyokong kenyataan itu.

Featured Thu, 17 Nov 2022
Trending Sat, 29 Jan 2022

‘Milik’ Papar Transisi Kedewasaan Irfan Haris

Setahun tidak muncul dengan sebarang produk, penyanyi Irfan Haris muncul dengan single terbaharu berjudul Milik. Single yang berentak pop moden ini telah dicipta oleh Irfan sendiri bersama barisan komposer-komposer terkemuka tanah air seperti Mike Chan, […]

Hiburan Fri, 10 May 2019

‘Ada Orang Tanya Kenapa Perut Besar’- Shila Amzah Jawab Soalan Netizen

Shila Amzah memohon agar peminat mendoakan kesejahteraan bayi lelakinya.