“Filem Pulang, Buat Bulu Roma Saya Meremang”- Remy Ishak

Teraju utama filem Pulang ini mengakui, filem arahan Khabir Bhatia bukan sahaja selayaknya dipuji malah, Remy mengakui filem Pulang ini mampu untuk berada diperingkat yang lebih tinggi.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran novel tersebut baru-baru ini, Remy memberitahu bahawa, perjalanan cerita dalam filem Pulang ada kena mengena dengan diri beliau sendiri. Kerana, apabila dimaklumkan sendiri oleh Datuk Izham Omar, Datuk Izham sendiri pernah berjumpa dengan datuk saya. Dan, secara tidak langsung filem Pulang ini sendiri ada kaitan yang dekat dengan saya.

“Pulang bercerita menegnai seorang kelasi kapal, Othman. Beliau merantau ke luar negara kerana berusaha untuk memberikan kesenangan kepada isterinya, Che Tom. Kebetulan, beliau adalah kenalan datuk saudara saya yang pernah bekerja sebagai kelasi kapal”

“Bila membaca skrip filem ini, bulu roma saya meremang kerana Datuk Izham ada memberitahu, dia pernah berjumpa dengan Chief of Malay Sailor Club. Dan, saya tahu datuk saya adalah orang yang mengusahakan kelab itu di Liverpool.” Katanya

Remy turut memberi jaminan bahawa, filem ini mampu memberikan impak yang sangat besar dan bermakna kepada penonton. 

“Ia sememangnya karya yang layak dipuji. Apabila saya menontonnya, filem ini nyata memberikan impak yang kuat sekali. Kerana, saya cuba meletakkan diri saya sebagai penonton yang menonton filem tersebut, dan saya dapat merasakan apa sebenarnya yang pengarah cuba sampaikan.” Jelasnya

Pulang akan menemui penonton diseluruh negara selepas aidilfitri nanti. So, jangan ketinggalan ya!

Dalam perkembangan lain, hero filem ini juga menyatakan beliau sekarang sedang sibuk menaikkan berat badannya untuk filem yang akan datang, dimana beliau akan bergandingan bersama Zul Ariffin.

Salma Syahbuddin