Filem Terbaru Upin Ipin Pemenang Anugerah Antarabangsa

Tahniah diucapkan kepada Produksi Les’ Copaque apabila filem animasi tempatan terbitan mereka, Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal telah dipilih sebagai pemenang kategori “Feature Film” di Montreal International Film Festival Animation 2019 (ANIMAZE) semalam.

 

Filem yang diarahkan oleh Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim dan Ahmad Razuri Roseli ini telah memenangi anugerah berprestij antarabangsa ini  dan mengalahkan lebih kurang 64 filem dari seluruh dunia yang dipertandingkan. 

 

Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal mula ditayangkan pada 21  Mac lalu dan berjaya meraih sebanyak RM25 juta hanya selepas 3 minggu ditayangkan.  Ia cuba mendapat skor  9.6/10 oleh Internet Movie Database (IMDb)! Wow!

 

Kemenangan ini telah dikongsi oleh pihak Les’Copaque di laman-laman media sosial mereka dan mendapat pelbagai ucapan tahniah dari netizen di laman twitter @lescopaque.

 

 

 

 

 

Tahniah sekali lagi bagi pihak Penerbitan Les’Copaque kerana setanding dengan produksi animasi lain di serata dunia! Malaysia Boleh!!

Del14