Finally, FattZura Ada Hadiah Buat Peminat?

Setelah Majlis perkahwinan yang dilakukan secara tertutup khas buat keluarga terdekat, dan majlis penuh gilang-gemilang bak fairytale dilakukan untuk meraikan sahabat terdekat, kali ini pasangan kesayangan ramai bakal menunaikan janji  mereka untuk melakukan majlis resepsi khas buat peminat tersayang pada Ahad ini.

Seramai 5000 peminat bertuah bakal dijemput ke majlis pasangan ini yang bakal diadakan di Royal Palace, Shah Alam. Majlis ini diadakan untuk menghargai peminat yang sering menyokong Fattah Amin dan Fazura.

“Kami mengundang seramai 5000 peminat untuk sama-sama memeriahkan majlis resepsi kali ini. Acara akan berlangsung pada sebelah siang  dan dibahagikan kepada dua sesi bagi memudahkan semua pihak. Kami juga akan cuba sedaya upaya memuaskan hati peminat yang hadir. Memang menjadi hasrat kami untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seni saya dan isteri, selama ini.” Jelas Fattah

Nampaknya, pasangan FattZura ini tidak mahu menegecewakan hati peminat dan sanggup untuk mengadakan majlis resepsi semata-mata buat mereka. Mesti peminat yang bertuah yang dapat hadir ke majlis pasangan ini pastinya teruja dan gembira. Yang penting jangan lupa kongsi gambar selfie dengan #Fattzura okay!

Salma Syahbuddin