Featured By: Fatin Nurain August 22, 2022 @ 10:01am

Fokus Tawaran Berlakon Filem, Izara Aishah Akui Makin Selektif – “Saya Nak Babak Yang Realistik”

Pelakon Izara Aishah mengakui dirinya kini lebih selektif dan cenderung untuk fokus kepada tawaran filem sahaja berbanding drama.

Menurut Izara, dia sangat memilih jalan cerita dan watak yang ditawarkan kepadanya yang seiring dengan penampilan terkininya.

“Untuk karier lakonan sekarang, saya memang tak buat sebab memilih sangat. Tawaran berlakon sentiasa ada, tapi saya yang memilih. Kalau saya tak berkenan dengan jalan cerita, memang saya tak ambil.

“Sebab itu saya katakan fokus kepada filem saja. Kalau drama, saya lagi betul-betul memilih. Jadi, sebab itu juga, saya belum berkenan dengan apa-apa jalan cerita lagi (drama) buat masa sekarang.

“Saya cerewet memilih pun memang sebab watak. Lagi-lagi dengan penampilan saya sekarang ini, memang saya begitu teliti. Terutama babak dalam bilik, tak logik kalau kita asyik pakai tudung. Jadi, saya nak babak yang realistik,” katanya.

Malah, Izara juga memaklumkan dirinya semakin teliti memilih watak yang realistik menerusi drama yang ditawarkan kerana penonton kini lebih bijak untuk menilai.

“Sebagai pelakon, kita kena betul-betul teliti antara realiti hidup dan drama itu perlu ada persamaan. Sekarang kita dah tak boleh terlalu berfantasi sebab penonton dah sangat bijak,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon jelita itu menyatakan dirinya kini mempunyai had masa bekerja dan tidak boleh pulang lewat meskipun pihak produksi mampu mengikut syaratnya.

“Sekarang saya tak boleh nak beri komitmen kerja di lokasi penggambaran sampai tengah malam. Saya ada tempoh waktu bekerja tertentu dan kena balik ke rumah ikut masa ditetapkan iaitu sebelum jam 12 malam.

“Walaupun kebanyakan produksi yang nak berurusan dengan saya tiada masalah mengikut semua syarat ditetapkan, tapi saya yang tak dapat terima tawaran lakonan daripada mereka hanya disebabkan watak tidak sesuai.

“Saya ini serius apabila berlakon. Saya tak main-main. Apatah lagi, guru lakonan saya adalah kak Ellie Suriaty, jadi pembabitan kami dalam lakonan ini disebabkan betul-betul minat dan bukan sekadar suka-suka dan kejar popular,” katanya.

Dalam pada itu, Izara juga sempat berkongsi perjalanan hidupnya kini yang selesa bekerja di rumah dan menumpukan kepada perniagaannya.

Menurut Izara, dirinya lebih senang untuk menjaga anaknya, Irisa Alaia sendiri tanpa bantuan pembantu rumah, meskipun perlu bekerja.

“Walaupun sekarang saya boleh dikatakan suri rumah, tapi kerja tetap kerja. Cuma, urusan perniagaan banyak saya uruskan dari rumah saja kerana lebih mudah. Ia juga menenangkan kerana anak sentiasa ada depan mata.

“Saya suka uruskan anak sendiri kerana lebih rapat dengannya. Lagipun sebab sudah terbiasa juga, saya hanya tinggalkan anak sekali-sekala dengan ibu saya jika memerlukan bekerja di luar seperti terbabit sesi fotografi dan iklan produk,” katanya.

Biarpun dahulu dirinya sering terpalit dengan kontroversi dek kerana pemakaiannya yang seksi, kini penampilan dan keperibidann Izara sangat dikagumi serta dipuji ramai.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 20 Jan 2019
Hiburan Fri, 22 Dec 2023
Trending Mon, 25 Mar 2019

Peminat Kpop Mungkin Boleh Lepak Di Kafe EXO Lepasni Ye!

Boleh lah lepasni korang serbu dan buat ootd dalam kafe tu. Hiks,

Trending Sat, 28 Jul 2018

Chong Wei ‘Gantung Raket’ Selamanya?

Jika benar beliau bakal bersara, sudah tentu berita ini membuatkan rakyat Malaysia bersedih. Kami doakan Datuk Lee Chong Wei sembuh seperti

Featured Wed, 17 Jan 2018

7 Bahana Kanta Lekap

Jika dulu kanta lekap digunakan sebagai alternatif untuk menggantikan penggunaan cermin mata bagi mereka yang mengalami masalah rabun, namun seiring dengan arus kemodenan, penggunaan kanta lekap kini menjadi trend popular untuk wanita bagi tujuan fesyen […]

Trending Tue, 3 Jul 2018

Here’s the Full List of Malaysia’s New Cabinet

Here’s all their names, positions and faces.

Events Thu, 8 Nov 2018

SAH! Frozen 2 Ditayang 22 November 2019

Menurut Comicbook, mengikut rancangan awal, Frozen 2 sepatutnya ditayang pada 29 November namun diawalkan tujuh hari.

Trending Thu, 20 Sep 2018

Usus Wanita Ini Luka Gara-Gara Suka Makan Ramen

Lagi bahaya kalau anda makan Ramen hari-hari!