Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 13, 2023 @ 11:36am

Patutlah Cantik! Rupanya Janna Nick Pakai Khidmat MUA Thailand – “Serius Lawa Sangat Makeup Dia, Tak Boleh Move On”

Walaupun sudah tiga hari majlis perkahwinan pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann berlangsung, namun kemeriahan sambutan majlis dan penampilan kedua mempelai pada hari bahagia itu nampaknya masih menjadi bualan ramai.

Mengenakan busana rona putih dan solekan natural, pemilik nama Nurul Jannah Muner, 28, ini difahamkan menggunakan perkhidmatan makeup artis (MUA) dari Thailand yang juga pernah tatarias Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim.

Menerusi perkongsian di TiKTok, jurusolek yang dikenali sebagai @babarabeer ini berkongsi video makeup tutorial ketika menyiapkan Janna dihari bahagianya.

“Bridal makeup tutorial with Janna Nick,” tulisnya.

@babarabeer Replying to @Belazz BRIDAL MAKEUP TUTORIAL with JANNA NICK 👰🏻✨🇲🇾 #solemnisation #wedding #tiktokmalaysia #tiktokwedding #bride ♬ Radio

 

Manakala, dalam hantaran berlainan pula, @babarabeer juga turut berkongsi kod gincu yang dipakai pelakon itu untuk menyerlahkan lagi kejelitaannya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji hasil sentuhan Barbara yang dianggap ‘smooth’ dan cantik.

“Memang cantik sangat, serius makeup lawa sangat!

“Ni bukan simple makeup ye gais, selalu look macam ni la paling banyak teknik. Macam makeup wedding Juliana Evans dengan Nora Danish dulu.

“Berbeza betul dengan MUA di Malaysia ni, yang ni nampak ringan dan cantik sangat.

“Aku tengok ringan je muka makeup dia ni.

“Sangat soft dan ringan. Cantik tak tahu nak cakap macam mana lagi. Suka!,” komen netizen.

Sementara itu, bekas pengacara Melodi ini kelihatan turut mengucapkan terima kasih kepada Barbara diatas khidmatnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Feb 2023
Trending Mon, 28 Jan 2019

8张「拍得好不如时机正巧」的神照

当你看到一些很不寻常的事情发生在眼前时,当下立即的反应,大概是神速抓起手机,咔嗒一声拍下照片来,有时很有意思的画面就这样产生了!

Featured Wed, 1 Mar 2023
Selebriti Fri, 9 Feb 2018

FATTAH, FAZURA NAIK PELAMIN 25 FEBRUARI

Fattah, Fazura memilih Februari sebagai bulan untuk meraikan hari bersejarah. Persandingan pasangan sama cantik sama padan ini akan diadakan di sebuah hotel di ibu kota. Pasti meriah kan!

Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Lafaz 2 Kalimah Syahadah, Marine El Himer Akui Sudah Memeluk Islam

Model dan bintang terkenal Perancis, Marine El Himer mengejutkan semua pihak apabila mengumumkan dia sudah memeluk Islam menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.   View this post on Instagram   A post shared by 🇫🇷 […]

Featured Fri, 12 May 2023
Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Zulin Aziz Did Achey Justice, Winning RM10,000 Weekly Prize Again!

Will Achey be in the running to become the grand winner at this rate?

error: Content is protected !!