Gambar Adik Disalah Guna, Individu Gesa Pihak Pertubuhan Kasih Neelofa Beri Penjelasan – “Lepas 5 Tahun Jadi…”

Selebriti Noor Neelofa sekali lagi menjadi perbualan hangat selepas seorang individu mendakwa wajah adiknya disalah guna oleh pihak Pertubuhan Kasih Neelofa.

Individu berkenaan tampil mendedahkan mengenai perkara tersebut yang mendakwa Pertubuhan Kasih Neelofa menggunakan gambar adiknya untuk mempromosikan program wakaf Al-Quran menerusi sebuah ciapan di Twitter miliknya baru-baru ini.

“How funny simply simply guna gambar anak orang tanpa parent’s permission. Lepastu semua family mesej minta penjelasan cara baik tapi tak di balas dan terus padam.

“Kalau jadi kat anak sendiri baru tau, saya pertahankan adik saya sebab gambar ni dah lama jadi lepas lima tahun jadi balik,” tulis individu berkenaan.

Bukan itu sahaja, individu tersebut turut berkongsi tangkapan skrin perbualannya bersama pengurus Pertubuhan tersebut, namun pihak terlibat hanya berkata akan mendapatkan penjelasan kemudian.

“Dia tak tahu apa-apa tiba-tiba gambar kena ambil buat wakaf bagai. Tolong bagi penjelasan dan jangan guna atas kepentingan sendiri. Kami berhak tahu untuk keselamatan ahli keluarga kami sendiri,” tambah individu itu.

   

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan lanjut daripada pihak Neelofa sendiri berhubung isu berkenaan.

Sebelum ini, nama Neelofa turut menjadi sohor kini apabila mengambil keputusan mendedahkan wajah anaknya kepada umum pada Selasa.

Artikel Berkaitan: “Puas Hati? Edit Muka Anak Saya Sampai Jadi Bukan Rupa Dia!” – Neelofa Kesal Wajah Bilal Dikritik?

Artikel Berkaitan: “Jijik Dengan Manusia Yang Caci Maki Budak, Moga Reput Di Neraka!” – Izara Aishah Bersuara, Selar Netizen Mulut Puaka

Artikel Berkaitan: “Jijik Dengan Manusia Yang Caci Maki Budak, Moga Reput Di Neraka!” – Izara Aishah Bersuara, Selar Netizen Mulut Puaka

Aqilah Paharuzi