Gandingan Dengan Zulin Aziz Menjadi, Achey Berjaya Rebut Juara Mingguan Sekali Lagi!

Minggu keempat program Bintang Bersama Bintang 2019 (BBB2019) menyaksikan peserta Achey berjaya memegang gelaran juara mingguan sekali lagi.

Mengangkat isu viral & sosial media, Achey berjaya menarik perhatian penonton dengan komedi yang sarat dengan mesej tersendiri.

Menerusi sketsa berdurasi lima minit semalam, Achey turut mengundang pelakon dan penyanyi Zulin Aziz sebagai artis jemputan. 

Penggunaan jalan cerita mengenai pasangan suami isteri yang bertengkar kerana si isteri terlalu leka dengan sosial media sehingga mengabaikan tanggungjawab mendapat sorakan gemuruh daripada penonton di studio.

Malah, gandingan serasi Achey dan Zulin mendapat pujian daripada juri tetap, Saiful Apek dan Mark Adam.

Sementara itu, gelaran ini merupakan kemenangan kedua bagi Achey selepas membawa pulang hadiah sama iaitu wang tunai RM 10,000 di minggu pertama. Tahniah Achey!

Teruskan menonton BBB2019 minggu kelima pada minggu hadapan dengan tema berbeza pula. BBB2019 disiarkan secara langsung setiap Ahad jam 9 malam hanya di TV3.

SGMS Faida