Gara-Gara ‘Sekolahkan’ Man, Ali Puteh Pula ‘Panas’ Dihentam Netizen

Kalau sebelum ini, Man pernah berkongsi posting di laman instagram miliknya kerana membuat keputusan menjual kereta mewah yang dipakainya semata-mata mahu membantu golongan yang memerlukan mendapat respon positif peminat beliau.

Malah, beliau juga turut berkongsi rezeki dengan mendermakan duit kemenangan beliau sebanyak RM50K kepada mereka yang memerlukan.

Namun, baru-baru ini timbul pula kontroversi melibatkan Man dan juga Ali Puteh yang dilihat saling berbalas-balas komen menerusi ruangan Facebook Makcik Bawang Channel.

Bagaimanapun, netizen menyifatkan timbul salah faham kerana peminat menganggap Ali menyalah tafsir kenyataan yang dibuat oleh Man berhubung kapsyen yang dimuat naik beliau sebelum ini.

Selain itu, Ali juga dilihat membalas komen-komen netizen dengan bahasa yang agak kasar sehinggakan netizen kurang senang dengan tindakan beliau itu.

Haih, apapun diharap semoga kontroversi atau salah faham antara Man dan Ali dapat diselesaikan dengan secepatnya.

Salma Syahbuddin