Categories: Trending Hari Ini

“Tiada Tanda-Tanda Covid-19 Boleh Merebak Melalui Makanan,”- KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan tiada tanda yang menyatakan bahawa virus Covid-19 boleh berjangkit melalui makanan menerusi sidang media harian di Putrajaya pada 6 April lalu.

Kebimbangan orang ramai tentang sekiranya pekerja restoran yang menyediakan makanan dijangkiti covid-19 dan boleh berjangkit melalui makanan akhirnya terjawab selepas beliau mengulas tentang perkara ini.

“Kita belum dengar yang virus ini merebak menerusi makanan, tapi apa yang penting jika salah seorang pekerja positif, maka kita perlu saring kontak rapat di restoran itu,” 

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakaan bahawa perkhidmatan makanan bawa pulang di Ikea Tebrau Johor terpaksa ditutup ekoran salah seorang daripada pekerjanya didapati positif Covid-19.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak Ikea menerusi laman web rasmi mereka. Menerusi kenyataan tersebut, mereka memaklumkan seorang pekerja Ikea Tebrau telah dijangkiti Covid-19 pada 1 April lalu dan pihak mereka telah bekerjasama rapat dengan pegawai kesihata awam demi memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan diutamakan.

Dr Noor Hisham juga menjelaskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu garis panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung keperluan memakai penutup mulut dan hidung berada di tempat awam.

“Kepada orang awam pula, jika mereka mempunyai gejala, pakai penutup mulut dan hidung. Sekiranya anda mendedahkan diri kepada orang ramai, mungkin anda perlu memakai penutup tersebut,” ujarnya.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover