Gara-Gara Tak Kisah Isteri Lakon Babak Mesra, Aiman Hakim Dikecam Netizen – “Art Tak Boleh Melangkau…”

Baru-baru ini, pelakon Aiman Hakim Ridza mengakui tidak kisah melihat isterinya yang juga pelakon popular, Zahirah Macwilson membawakan babak mesra bersama pelakon lain.

Malah, dia juga tidak cemburu sekiranya melihat adengan bersentuhan melibatkan isterinya dengan pelakon lain atas alasan, itu adalah sebahagian daripada seni dalam lakonan dan ia juga merupakan satu pekerjaan.

“Pada saya tiada masalah melihat isteri saya melakonkan babak yang bersentuhan. Pada saya itu adalah sebahagian daripada seni dalam lakonan dan ia juga merupakan satu pekerjaan.

“Bila ada babak sedemikian, saya tak pernah terfikir ada isu atau cemburu dan sebagainya.

“Dia seorang yang sangat profesional. Dia tahu apa yang dia perlu buat dan seorang yang bijak serta sangat mudah untuk bekerjasama,” katanya.

Susulan kenyataan tersebut, rata-rata netizen berasa kurang senang dengan respon yang diberikan Aiman.

Lebih teruk, ada yang melabel dirinya sebagai ‘dayus’ dek kerana tidak peka dengan isu berkaitan ikhtilat seorang isteri.

Bahkan netizen juga berpendapat, pelbagai alternatif lain boleh dibuat bagi mengelakkan babak bersentuhan melibatkan Zahirah.

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Ada Masalah Isteri Lakonkan Babak Bersentuhan, Aiman Hakim Puji Zahirah Macwilson – “Dia Profesional Bila Bekerja, Lagipun…”

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Momen Photoshoot, Peminat Terhibur Gelagat Anak Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson

ARTIKEL BERKAITAN:Wajah Didakwa Seiras, Rita Nadira Puji Kejelitaan Zahirah Macwilson – “Dia Lebih Cantik”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Zahirah Macwilson Senaraikan Nama Bayi Lelaki Untuk Anak Kedua?

Salma Syahbuddin