Gara-Gara Teruk Dikecam, PA Vida Tampil Buka Mulut Isu Tidak Berhijab Dalam MV – “ Diyla Bertudung Sebab KPI Tempat Kerja”

Baru-baru ini, timbul satu kontroversi yang melibatkan pembantu peribadi (PA), Datuk Seri Vida iaitu Diyla dilihat muncul dalam satu muzik video tanpa mengenakan tudung.

Tidak berdiam diri, Diyla tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi sebuah hantaran di Instagramnya.

Jelas Diyla, dia memang seorang wanita yang tidak bertudung dan hanya bertudung atas tuntutan kerja.

“Tentang free hair, maybe yang tidak mengenali Diyla in person mereka terkejut, tapi yang kenal Diyla memang Diyla tidak bertudung.

“Diyla pakai tudung sebab itu KPI tempat kerja saya,” katanya.

Namun begitu, Diyla mengharapkan orang yang mengecamnya untuk mendoakannya supaya beristiqamah untuk bertudung.

“Diyla mintak pada yang kecam doakan Diyla untuk terus istiqamah berhijab.

“Buat masa sekarang Diyla masih cuti dari bekerja dengan DSV,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun begitu, Diyla turut menyatakan andai dia masih ada rezeki untuk bekerja dengan Vida dia akan teruskan.

“Tapi… untuk masa ke depan ini Diyla tak pasti, ANDAI ada rezeki maybe masih bersama dengan beliau.

“Andai rezeki bukan lagi di sana Diyla pun redha… In Sha Allah,” jelasnya lagi.

Untuk info, Diyla baru sahaja melancarkan sebuah lagu baru duet bersama seorang pempengaruh, Faiz Aizif yang berjudul Khilaf.

Atiqah Johari