Gara-Gara Tidak Fokus Baca Komen, Azhan Rani Mohon Maaf Pada Peminat – “Sukar Untuk Luah Rasa Bersalah Itu…”

Pelakon Azhan Rani memohon maaf atas kesilapannya terlepas pandang komen yang ditinggalkan oleh seorang peminat di Instagram.

Memetik laporan Harian Metro, dia membalas komen tersebut pada waktu pagi dan tiada niat untuk mempersendakan peminat itu.

“Kesilapan saya tidak membaca dengan betul, tiada langsung sekelumit niat untuk mempersenda. Malah, saya juga sudah memohon maaf kepada individu itu.

“Saya baru perasan apabila komen berkenaan menjadi viral di TikTok. Saya begitu menyesali kesilapan saya kerana tidak membaca dengan betul.

“Apatah lagi, perkara yang saya terlepas pandang itu mengenai seseorang yang kehilangan ibunya. Sukar untuk diluah rasa bersalah itu,” katanya.

Terdahulu, peminat yang bernama Nur Nabilah Samsudin meninggalkan komen dengan memberitahu arwah ibunya sangat meminati lakonan Azhan.

“Arwah mak saya suka sangat abang berlakon. Dia kata abang talented,” komennya.

“Allahuakbar… malu saya. Sampaikan salam saya pada mak ye. Semoga sihat walafiat,” balas Azhan.

Difahamkan, peminat berkenaan menerima baik permohonan maaf Azhan dan mendoakan agar pelakon itu terus berjaya dalam dunia lakonan.

Maya Basir