“Gaya YB Jenguk Kawasan Musibah, Siap Cakap Cina Lagi! ” – Bantu Mangsa ‘Mini Tornado’ Di Ipoh, Tindakan DSV Dipuji Ramai

Sering dilimpahi kontroversi melibatkan dirinya, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida atau DSV, tidak gentar dengan tohmahan dan sindiran yang dilemparkan.

Malahan, DSV kini sedang aktif menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan akibat musibah puting beliung atau ‘tornado kecil’ yang berlaku di Ipoh, Perak baru-baru ini.

 

“Saya lapang dada dapat membantu mereka. Saya dengan cara saya, saya bantu.

” Saya kasih dan sayangkan semua. Semoga dengan kehadiran saya boleh bantu mereka yang terjejas akibat tornado di Kampung Tawas, Ipoh Perak.

“Hari ini saya nak pergi lagi. Bagi makanan pula,” tulisnya.

Difahamkan, kejadian yang berlaku dalam masa lima minit itu turut memusnahkan banyak kawasan dan perumahan penduduk di Kampung Tawas, Ipoh.

“Buat selagi mampu…”

Menerusi hantaran terkini DSV di laman instagram miliknya sebentar tadi, beliau dilihat turut membantu membeli barangan keperluan lain termasuklah atap zink bagi membetulkan rumah penduduk yang terkesan.

Selain itu, bantuan berupa wang juga turut diberikan oleh pelantun lagu I Am Me ini.

 

“Saya bangga dengan Dato, rajin bantu orang yang memerlukan…”

Menjengah diruangan komen pula, rata-rata warganet berterima kasih dengan bantuan yang dihulurkan oleh DSV malah, mereka juga dilihat berbangga apabila DSV mampu bertutur dalam bahasa Cina ketika melawat penduduk kawasan tersebut.

Salma Syahbuddin