Selamat Bernikah Kali Kedua, Azlee Khairi Anggap Diri ‘Bertuah’

Pelakon yang popular menerusi drama rantaian, Love You Mr Arrogant, Azlee Khairi mengakui selamat bernikah untuk kali kedua pada Januari tahun lalu.

Azlee atau nama penuhnya Azlee Khairi Zulah Hainee,  33, bersyukur dan berasa bertuah dengan kehadiran isterinya, Nurul Hidayah atau Dhiya.

“Saya dah selamat bernikah kali kedua pada Januari tahun lalu. Alhamdulillah, saya bertemu jodoh dengan wanita yang boleh terima diri saya seadanya dan kami sudah pun menimang cahaya mata,” katanya.

Tambahnya, isterinya itu merupakan seorang kru penerbangan dan perkahwinan ini juga adalah yang kedua buat mereka.

“Isteri saya juga pernah berkahwin sebelum ini dan sudah memiliki seorang cahaya mata daripada perkahwinan lalu. Kini, alhamdulillah kami sudah mempunyai dua orang anak.

“Menerusi perkahwinan kami, alhamdulilah Allah kurniakan seorang bayi lelaki yang kini berusia lima bulan. Syukur kehidupan berkeluarga saya sudah lengkap dengan kehadiran isteri dan anak-anak,” jelasnya.

Memetik laporan Harian Metro, Azlee memilih untuk tidak kecoh dengan berita perkahwinannya kerana menghormati permintaan isteri tersayang dan keluarga masing masing.

Menurutnya, perkahwinan yang diadakan pada Januari tahun lalu itu diadakan secara sederhana dengan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Untuk rekod, Azlee pernah mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2014 bersama wanita dari Brunei yang dikenali sebagai Dayang Norlelawati Puteh sebelum dilaporkan bercerai pada tahun 2019.

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 8 Tahun, Zara Zya & Azlee Khairi Kembali “Bercinta” Dalam….

ARTIKEL BERKAITAN:“Siapa Tahu Tok Kadi Kat Mana, Nak Suh Nikahkan Diorang Ni” Peminat Restu Hubungan Zara Zya Dan Azlee Khairi

 

Salma Syahbuddin