“Aku Yang Dah Beranak Ni Hilang Mak Pun Sedih Sangat…” Tangisan Anak Arwah Siti Sarah Buat Netizen Sebak

Genap 175 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akibat jangkitan COVID-19, suaminya, pelawak Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, berkongsi detik-detik dimana anak-anaknya menziarahi pusara ibu tercinta mereka pada Selasa.

Namun, apa yang mengundang sebak netizen adalah reaksi anak perempuan kepada Allahyarham Siti Sarah, Dzakira Talita Zahra atau Dekta, 8, yang dilihat tidak dapat menahan tangisannya sambil ditenangkan oleh Shuib.

 

“Paling di rindu,” tulis Shuib menerusi ruangan kapsyen nya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut sebak melihat reaksi Dekta yang merindui ibunya sekaligus menitipkan doa agar anak-anak Allahyarham ini terus kuat dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sebelum ini, Dekta juga pernah meluahkan rasa rindunya terhadap Allahyraham Siti Sarah menerusi tulisan nota ketika sedang bercuti di Pulau Langkawi pada November tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “I Miss You Mummy…” – Pertama Kali Bercuti Tanpa Ibu, Luahan Hati Anak Arwah Siti Sarah Buat Netizen Sebak

Salma Syahbuddin