Selamat Lahirkan Puteri Sulung, Intan Ladyana Bersyukur Urusan Bersalin Dipermudahkan

Pasangan penyanyi dan pelakon, Intan Ladyana, 39 dan Harris Alif, 22, akhirnya menimang cahaya mata setelah bayi perempuan sulung mereka dilahirkankan pada 31 Januari 2022 pada jam 11.40 malam.

Berita gembira itu dikongsi oleh kedua-dua pasangan ini menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun instagram mereka.

 

“Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. Puteri sulung kami lahir pada jam 11.40 malam pada 31 Januari 2022,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Doa Ebit Lew Sahkan Spekulasi Kehamilan Intan Ladyana
ARTIKEL BERKAITA: Didakwa Honeymoon Bersama Suami Di Langkawi, Intan Ladyana ‘Sekolahkan’ Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Jurang Usia 17 Tahun Bukan Penghalang, Harris Alif & Intan Ladyana Bakal Nikah 6 Februari 2021

Manakala Harris juga tidak ketinggalan untuk berkongsi berita gembira tersebut bersama followers beliau.

 

“31.1.2022, Alhamdulillah, puteri sulung daddy dan Mommy. Terima kasih semua atas doa-doa yang baik,” katanya.

Terdahulu, berita mengenai pasangan ini mengejutkan ramai pihak apabila kedua-duanya dilaporkan positif COVID-19 pada Disember tahun lalu ketika Intan dikhabarkan sedang hamil anak pertamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikhabarkan Hamil Anak Pertama, Intan Ladyana & Harris Alif Positif Covid-19

Salma Syahbuddin