Gayakan Pakaian Serba Merah Jambu, Netizen Puji Penampilan Nazreem Musa – “Cantik Sangat”

Pempengaruh dan model Nazreem Musa meraih pujian ramai selepas tampil menggayakan pakaian serba merah jambu yang dihasilkan oleh pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Menerusi perkongsian di Instagram, pereka fesyen itu memuat naik gambar Nazreem kelihatan menawan menggayakan busana ciptaan mereka.

“NAZREEM MUSA in Rizman Ruzaini Couture for Most Glam 2022,” tulisnya.

Melihat perkongsian tersebut, rata-rata warganet mengakui abang kepada pelakon Ummi Nazeera itu kelihatan segak setiap kali menggayakan pakaian yang berwarna merah jambu.

“This is not Fair!!! You look Gorgeous with all outfit.

“Cantiknyaaaaaa.

“Cantik sangat.

“Memang kalau pink tak sah mesti @nazreemmusa our barbie. Look stunning,” komen peminatnya.

Namun, ada juga beberapa pihak yang meluahkan rasa kurang senang mereka dan menegur tindakan pereka fesyen itu membenarkan kaum lelaki menggayakan persis wanita.

Fatin Nurain