Penceramah selebriti, Dai Syed selamat mengikat tali pertunangan bersama pengacara, Hana Ismail.

Berita gembira tersebut telah dimaklumkan oleh pelakon Datin Seri Umie Aida yang merupakan salah seorang tetamu jemputan ketika majlis itu berlangsung.

Menerusi perkongsian di Instagram, Umie turut berkongsi momen-momen indah sepanjang majlis pertunangan itu dijalankan.

“Bismillahirrahmanirrahim…. Menghintung hari ke alam tanggungjawab yang lebih focus dan besar.

“Kunci kebahagian sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka.

“Jaga amanah ini sebaiknya @daisyed_ @hanaalmauzah 💝 Semoga adikku berdua dalam lindungan-Nya dan rahmat Allah SWT. #majlismerisikdanbertunang,” tulisnya

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminat terkejut dengan berita gembira itu dan mendoakan agar urusan persiapan perkahwinan mereka dipermudahkan.

“Ameen ya rabb, moga Allah permudahkan untuk you sayang.

“Aamiin ya mujib 🤲🏻 Alhamdulillah mabrouk.

“Masya-Allah.. Sahabat syurgaku @hanaalmauzah im crying… I am so happy for you dear..one step closer..Alhamdulillah.

“Masya-Allah TabarakAllah Alhamdulillah ukhti @hanaalmauzah patutlah berseri lain macam semoga dipermudahkan,” komen pengikutnya.

Fatin Nurain