Gelagat Suami Zulin Aziz Pakai Baju Sama Warna Dengan Langsir Tuan Rumah Jadi Bahan Tawa

Pelakon dan pengacara Zulin Aziz tampil berkongsi momen indah beraya bersama suaminya, Farhan Norzaini, baru-baru ini.

Selepas mendedahkan hubungan rumah tangga mereka berjaya diselamatkan, setiap perkongsian dari selebriti itu kembali meraih perhatian dalam kalangan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Bagi Ruang & Peluang” – Zulin Aziz Berbaik Semula Dengan Suami

ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz Beri Hint Bercerai Selepas Setahun Kahwin? – “Mungkin Sampai Sini Saja Kisah Kami”

Terbaharu, Zulin telah memuat naik gelagat suaminya, Farhan yang segan kerana mengenakan pakaian berwarna biru gelap yang menyerupai warna langsir rumah yang dikunjungi mereka ketika beraya di TikTok.

Haaa ejek orang lagi.. Sekali dia terkonon! Pergi raya baju matching dengan langsir,” tulisnya.

@zulinazizHaaa ejek orang lagi.. Sekali dia terkonon! Pergi raya baju matching dengan langsir 🤣

♬ Oh No – Kreepa

Terhibur dengan gelagat pasangan itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons menerusi ruangan komen.

Malah, ada juga yang terus menitipkan doa kepada pasangan itu agar kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Fatin Nurain

Recent Posts