Gara-Gara Nak Makan Sedap, Janna Nick ‘Exercise’ Sampai Rasa Nak Pitam

Penyanyi dan pelakon, Janna Nick atau nama sebenarnya, Nur Jannah Muner berkongsi gambar melakukan aktiviti kecergasan di kelas senaman, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Janna memberitahu perlu menyeksa diri dan bersenam sehingga mahu pitam demi menikmati makanan yang sedap.

“Kadang-kadang saya terfikir, kenapa lah kena seksa diri sampai macam ni? Exercise sampai rasa macam nak pitam eh? Jawapan dia sebab I want to eat good food. Bestnya lah jadi orang yang makan, melantak dua hingga tiga pinggan pun tak gemuk-gemuk,” tulis Janna.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati aktres itu agar tidak terlalu menyeksa diri, malah ada yang mengatakan dirinya tidak ‘berisi’ seperti yang didakwa sebelum ini.

“Assalammualaikum dik Janna, dont push yourself! Banyak exercise yang tak perlu teruk-teruk tapi kesan bagus. Yang penting sihat dan tak stress. Ada yang kat rumah pun boleh buat. Banyak tips exercise dari Insta online coach.

“Awak tak gemuk pun Janna, you have a good body, just enjoy your life. Bukan senang ya nak dapat body macam awak. Aset ada yang lain slim je . Why awak nak seksa diri,” ujar netizen.

Nurul Hana