Gelagat Uwais Bau Perfume Kegemaran Arwah Siti Sarah Undang Sebak – “Dia Akan Ingat Memori Ni Sampai Bila-Bila”

Biarpun sudah dua tahun meninggal dunia, nama penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin tetap menjadi sebutan dan ingatan dalam kalangan peminatnya dan keluarganya.

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok di mana anak sulungnya bersama Shuib, Uwais Alqarni mengimbau kembali momen ibunya membeli pewangi kegemarannya.

Dalam perkongsian tersebut, Uwais turut menceritakan secara terperinci bagaimana arwah ibunya menemui pewangi kegemarannya yang masih ada sehingga kini.

“Masa tu beli baju. Ibu terlalu sebelah perempuan ni tiba-tiba ibu macam bau perfume perempuan tu. Ibu kata perempuan tadi tu wangi, ibu nak tanya dia pakai perfume apa. Pastu ibu pergi kat dia ibu tanya dia pakai perfume apa dan ibu beli perfume tu,” katanya.

Usai menceritakan kejadian tersebut, Uwais terus pergi mengambil pewangi itu dan menghidunya seperti rindu akan kehadiran ibunya.

@suciuwais RINDU IBU #sitisarahraisuddin #uwaisalqarni #fyp #kenangan ♬ Saat Hilang Cintamu – Sarah

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya sebak dengan tindakan si kecil itu.

Untuk rekod, Allahyarhamah Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.Biarpun sudah dua tahun meninggal dunia, nama penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin tetap menjadi sebutan dan ingatan dalam kalangan peminatnya dan keluarganya.

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok di mana anak sulungnya bersama Shuib, Uwais Alqarni mengimbau kembali momen ibunya membeli pewangi kegemarannya.

Dalam perkongsian tersebut, Uwais turut menceritakan secara terperinci bagaimana arwah ibunya menemui pewangi kegemarannya yang masih ada sehingga kini.

“Masa tu beli baju. Ibu terlalu sebelah perempuan ni tiba-tiba ibu macam bau perfume perempuan tu. Ibu kata perempuan tadi tu wangi, ibu nak tanya dia pakai perfume apa. Pastu ibu pergi kat dia ibu tanya dia pakai perfume apa dan ibu beli perfume tu,” katanya.

Usai menceritakan kejadian tersebut, Uwais terus pergi mengambil pewangi itu dan menghidunya seperti rindu akan kehadiran ibunya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya sebak dengan tindakan si kecil itu.

Untuk rekod, Allahyarhamah Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Fatin Nurain