Gelaran Datuk Pada Suami Dituduh Palsu? Intan Najuwa Respons – “Siapa Yang Tahu, Tahulah…”

Pelakon Datin Intan Najuwa enggan mengambil pusing dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa pangkat datuk kepada suaminya yang juga ahli perniagaan, Ahmad Asraf Azman, adalah palsu.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, berkata dia tidak kisah mengenai perkara tersebut kerana menyifatkan gelaran tersebut tidak memberi apa-apa padanya.

“Saya tak pernah pertikaikan. ‘It just a title’.

“Suami pun tahu saya memang tidak kisah mengenai perkara itu. Orang nak cakap apa, cakap sahajalah, tapi kita sendiri tahu dan kita diam.

“Kalau kita buat apa pun, mereka (netizen) sentiasa bercakap. Saya tiada nak buktikan apa-apa, tak mahu pertikaikan apa-apa. Siapa yang tahu, tahulah. Kita letak tepi lah. Ia cuma gelaran, tak membawa apa-apa pun.

“Saya juga menjalani kehidupan macam orang biasa dengan suami saya. Jadi kami hanya perlukan doa yang baik-baik daripada semua,” katanya ketika ditemu bual program hiburan popular TV3, Melodi.

Tambah Intan, dia memilih pendirian untuk mengunci mulut mengenai perkara tersebut kerana enggan memperbesarkan isu remeh tersebut.

“Saya sebenarnya tak mahu membalas ciapan tersebut, tak mahu keruhkan keadaan. Kalau saya balas, perkara itu akan jadi isu besar.

“Saya akan lebih memilih untuk berdiam, kalau benda itu betul, betul, kalau salah, salah.

“Ada juga komen-komen yang keterlaluan, tapi saya cuma anggap mungkin si penulis itu tengah mengalami mood yang tidak baik pada hari itu. Saya husnuzon sajalah,” ujarnya.

Terdahulu, Intan selamat mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan tersebut pada 24 Ogos lalu.

Intan menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 serta wang hantaran bernilai RM222,000.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tahu Tujuan Dia Beli Kuda Tu Sebenarnya…” – Tak Pandai Menunggang Kuda, Intan Najuwa Anggap Hadiah Sebagai Persediaan Ada Anak

ARTIEKL BERKAITAN: Didakwa Kahwin Atas Dasar ‘Harta’, Ini Jawapan Intan Najuwa – “Siapa Saya Nak Pertikai Jodoh?”

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Detik Awal Perkenalan, Intan Najuwa Syukur Suami Memahami Kerjaya Seni

Khairil Khusyairi