Categories: Selebriti

Kelly Azman Terima Mesej Lucah, Bakal Lantik Peguam Sekiranya Berlanjutan – “Nak R*men, Nak Is*p Awak”

Selebriti Kelly Azman tampil mendedahkan seorang individu lelaki yang tidak dikenali telah menghantar mesej lucah di ruangan Direct Message (DM) Instagram miliknya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Kelly di Instagram Story yang memaparkan mesej daripada lelaki terbabit yang meluahkan keinginannya untuk melakukan perkara jijik.

Berang dengan tindakan individu terbabit, Kelly menyifakannya tiada adab dan kurang ajar.

Memetik laporan OhBulan!,  Kelly menganggap perbuatan itu mampu merosakkan imejnya sebagai seorang public figure.

“Dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dah perasan DM dari individu tersebut, tapi saya tak kenal pun dia siapa. Sebelum ini ada juga banyak kali terima mesej yang sebegini, namun tidak seteruk kali ini.

“Agak tidak beradab bila ada akaun palsu ini wujud untuk buat begini pada saya. Mesej itu juga mengaibkan seksualiti dan nafsu. Ini tidak sihat.

“Saya ini public figure, orang kenal, perkara sebegini amat memalukan,” katanya.

Tambah pelantun lagu No No No itu, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kejadian sama berulang lagi.

“Saya suspek ini datang daripada orang di sekeliling saya yang buat akaun palsu dengan niat bergurau, tapi tidak elok untuk fizikal dan mental. Untuk individu tolong berhenti berbuat demikian.

“Sekiranya berulang lagi perkara yang sama, saya akan ambil tindakan polis dan melantik peguam,” jelasnya.

 

Fatin Nurain