Geram Nama Dipetik, Puteri Sarah Tak Teragak-Agak Nak Saman Bekas Suami Elcah? – “Dah Lah Aniaya Bini Sendiri…”

Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa geram apabila bekas suami kepada pempengaruh Elcah Hasha memetik namanya berhubung perceraian mereka.

Menerusi perkongsian Sarah di Instagram Story, dia tidak mengenali lelaki tersebut dan hairan namanya dikaitkan.

Malah, dia menegaskan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

“Who the hell is this guy? Kau ada masalah dengan ex wife kau then kaitkan dengan aku?

“Nak tumpang glamour ke bro? Nak kena saman dengan aku? Dah lah aniaya bini sendiri dan kaitkan dengan aku. You think I cannot find you?,” tegasnya.

Selain itu, Sarah turut melabelkan lelaki tersebut sebagai seorang yang narsistik iaitu seseorang yang mengagumi diri sendiri secara berlebihan.

“I don’t even know you but surely from your ex wife I knew you are a male narcissist,” ujarnya.

Terdahulu, Elcah mendedahkan dia diceraikan selepas baru sahaja lapan hari mendirikan rumah tangga melalui ‘voice note’ di aplikasi WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: Lafaz Talak Melalui Voice Note, Influencer Elcah Dedah Punca Cerai Selepas 8 Hari Berkahwin!

Maya Basir