Giliran Anak Ketiga Kris Dayanti Pula Jadi Penyanyi…

Penyanyi Indonesia Kris Dayanti meluahkan rasa bangga apabila anak ketiganya, Amora Lemos kini mengikut jejak langkahnya sebagai penyanyi.

“Bismilahirrahmanirrahiim.. Untuk semua ‘Sahabat Tersayang’ yang sudah tidak sabar dan sudah bertanya bila soundtrack filem Rumah Merah Putih berjudul Sahabat Tersayang yang dinyanyikan oleh Nona Timor Cantik berusia tujuh tahun Amora Lemos kini boleh didengar,” tulisnya di Instagram.

Ternyata soundtrack berjudul ‘Sahabat Tersayang’ ini bakal membuatkan pendengar jatuh cinta dengan suara puteri kesayangan diva nombor satu Indonesia ini.

Untuk rekod, salah seorang lagi anak Kris Dayanti hasil perkahwinan pertamanya bersama Anang Hermansyah, Aurel juga kini bergelar penyanyi.

SGMS Faida