#DramaRaya2019 : Kasih Ibu Membawa Ke Syurga Dalam Batik Zakiah

Alangkah peritnya rasa hati apabila suami yang dianggap sebagai pelindung dan pendamping dikala kesusahan nampaknya dibiar begitu sahaja. Hidup Zakiah penuh dengan dugaan yang membuatkan dirinya begitu merana. Mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan dan menjadi isteri kedua bukanlah sesuatu yang mudah. 

Dia dilayan dingin oleh madunya sendiri sehingga dibiar seperti orang gaji dirumah sendiri. Sehinggalah Zakiah melahirkan anaknya yang diberi Anum. Sebaik sahaja Anum dilahirkan, Zakiah telah diceraikan oleh suaminya dan Anum diambil ketika berumur 6 bulan. Kejadian yang menimpa dirinya itu sedikit sebanyak menyebabkan Zakiah mengalami kemurungan dan meroyan. Dan hanya sehelai kain batik sahaja yang menjadi kenangan buat dirinya dan anaknya itu.

Sering bercakap sendirian, Zakiah akhirnya Zakiah diceraikan buat kali kedua. Sehinggalah Zakiah dimasukkan ke hospital kerana sakit tua. Nasib Zakiah seperti dibela apabila beliau berkenalan dengan seorang jururawat yang dikenali sebagai Liyana. Dengan bantuan Liyana, Zakiah cuba untuk menjejak anaknya Anum, namun malangnya nasib apabila anak yang dikandungkan selama 9 bulan itu malu mahu mengaku bahawa Zakiah itu adalah ibu kandungnya.

Kisah yang pastinya penuh pengajaran ini pastinya dapat menambahkan lagi keinsafan masyarakat terhadap pengorbanan seorang ibu dalam melahirkan anak-anaknya.

Nak tahu kesudahan drama Batik Zakiah, jangan lupa saksikan tayangannya pada Hari Raya Ketiga, jam 11 pagi.

Salma Syahbuddin