Giliran Asyraf Aley Balas Jasa

Pelakon Jejak Karmila, Asyraf Aley memuat naik sekeping gambar di majlis graduasinya, sebentar tadi. Segak habis nampaknya, tahniah Asyraf!

Asyraf yang berjaya menamatkan pengajian di Universiti Taylor kampus Lakeside, Subang turut memperkenalkan bapanya selaku hero dalam hidupnya.

“ Saya tahu bukan mudah membesarkan saya. Terima kasih atas peluang (memberi pendidikan) dan mempercayai saya mampu lakukannya.

“ Anda (ayah) boleh duduk berehat sekarang kerana sudah tiba masanya saya membalas jasa,” tulis Asyraf di laman Instagram beliau, hari ini.

Tahniah Asyraf daripada kami di xtra! Lepas dah tamat belajar ni bolehlah masuk meminang Ruhainies, eh! hehe

SGMS Faida