Artis Sendu? Giliran Diana Danielle ‘Sekolahkan’ Vida

Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih popular dengan panggilan Datuk Vida terus dikritik penggiat seni tempatan atas kenyataanya menggunakan ayat ‘artis sendu’.

Selepas melabel artis yang menyertai program Gegar Vaganza sebagai ‘sendu’, rata-rata artis dan netizen kurang senang dengan gelaran itu.

Pelakon dan penyanyi Datin Diana Danielle memuatnaik luahan perasaan terhadap jutawan kosmetik itu berhubung isu ini.

“ Yang sebenarnya sendu adalah anda yang kalau tak pakai baju ropol keliling dunia, muah sana muah sini dengan kontroversi ntah apa-apa. Semua jadi bidang terjun nak menyanyi nak host nak berlakon semata-mata nak jual produk sendumu!  

“ Ada hati nak panggil orang sendu,” tulisnya di Instagram.

Diana turut bertanya tanpa tanpa program-program berkenaan yang dicari jutawan itu, di mana lagi dia hendak mempromosikannya.

“ Kenapa tak promote dekat Awani ke RTM On 2? Kenapa perlu gunakan artis-artis yang mu sendu dingin tu? A pot calling a kettle black,” katanya.

Nampaknya penggunaan istilah ‘sendu’ yang diberikan Vida terus mengundang pelbagai reaksi di kalangan artis dan netizen.

 

SGMS Faida