“Go Ahead, Saya Tak AmbiL Berat Orang Cakap Apa Pun” Jawapan WIN Anzalna Buat Netizen Sentap?

Bagi makcik-makcik bawang diluar sana, sebelum nak mulakan gosip atau melabel orang tanpa usul periksa, baik muhasabah diri sendiri dulu betul tak? Mana taknya, tak pasal-pasal pelakon Anzalna Nasir dilabel mandul kerana menurut netizen, sudah beberapa tahun pelakon ini mendirikan rumah tangga namun masih tidak mempunyai zuriat. 

Menurut pelakon jelita ini, beliau tidak sedikit pun berasa kecil hati mahupun terkilan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya. Malah, beliau percaya, setiap perancangan Tuhan itu akan sesuai pada masa dan waktu yang tepat. Tambahnya lagi, beliau dan suami, Hanif Zaki tidak pernah berhenti berusaha bagi mendapatkan zuriat.

Sumber : Instagram @anzalnanasir

” Saya tak peduli pun orang nak cakap apa tapi saya tahu Tuhan itu merancang segalanya jadi bagi saya suatu hari nanti mereka akan tahu. Dan kalau saya sendiri yang merancang, bolehlah saya sentap dengan kata-kata sedemikian tapi ini semua ketentuan Allah. Go ahead nak kata apa pun, saya tak ambil berat apa orang cakap.” Jelasnya

Tambahnya lagi, beliau dan suami tidak mahu terburu-buru, kerana inilah masanya buat kedua-duanya menikmati setiap momen yang ada. 

Salma Syahbuddin