Categories: FeaturedOh Lawa

Inilah Kegunaan Konjac Sponge, Alat Terbaru Yang Merevolusikan Industri Penjagaan Kulit

Anda pernah dengar tentang alat ini? Walaupun ia sejenis span, jangan samakannya dengan beauty blender pula, ya! Dan ia nampak macam kuih apam kukus, tapi ia tak boleh dimakan!

Jika anda seorang pengikut trend kecantikan dan penjagaan kulit, anda mesti pernah ternampak alat ini di Instagram atau di Sephora.

Span kenyal ini dianggap sebagai sebuah skincare tool yang telah merevolusikan industri penjagaan kulit sejak beberapa tahun lalu, terutamanya bagi kulit sensitif.

Tapi kenapa? Apakah sebenarnya Konjac Sponge ini? Apakah kegunaannya? Dan bagaimana nak pakai?

Jika anda tertanya-tanya, no problem! Di bawah ini ada jawapannya. Manalah tahu, mungkin alat ini akan menjadi “best friend” kulit anda selepas ini.

Apa itu Konjac Sponge?

Span ini juga tak sama dengan span cuci pinggan yang anda jumpa di dapur, ataupun span mandi. Ia diperbuat daripada akar pokok konjac (sejenis tanaman berliang yang banyak terdapat di Asia). Itulah sebabnya ia berasa kenyal apabila basah. Ia adalah 100% semula jadi.

Apakah kegunaannya?

Ia tidaklah mempunyai ramuan magical yang boleh menukarkan kulit anda menjadi selicin dan glowing macam mutiara. Sebaliknya, alat ini digunakan sebagai exfoliator yang lembut di mana ia menanggalkan dan membuang sel kulit mati atau kering pada permukaan kulit penggunanya.

Hasilnya, kulit anda akan nampak lebih cerah, lembut dan licin tanpa rasa sakit langsung.

Span ini selamat untuk dipakai untuk semua jenis kulit (tapi sesiapa dengan rosacea atau perioral dermatitis perlu rujuk pakar kulit mereka terlebih dahulu).

“Saya memang obses dengan alat ini – lembut sangat,” kata dermatologist Mona Gohara, M.D. “Memang susah nak cari alat exfoliator yang tak menyakitkan kulit, tapi span ini memang gentle.”

Foto: Thoughtful Misfit

Bagaimana nak pakai?

Sesetengah span datang dengan bentuk basah, jadi ia dah boleh terus dipakai sebaik saja anda membuka paketnya. Jika ia kering dan keras, rendam dulu selama 5 ke 10 minit hingga ia mengembang dan melembut sepenuhnya. Perahkan lebihan air sebelum menggunakan.

Bila dah ready, titiskan cecair pencuci muka pada span itu dan urut muka dengan perlahan dalam gerakan membulat hingga kulit anda bersih dan makeup anda tertanggal.

Secara alternatifnya, anda juga boleh gunakan alat ini selepas anda mencuci muka dengan cleanser untuk menanggalkan lebihan sel kulit mati. Kemudian basuh span dan gantung untuk mengeringkannya.

Berapa lama ia tahan?

Walaupun sesetengah Konjac Sponge bersifat anti-bakteria, mereka perlu diganti selepas sebulan, just in case. Maklumlah, span ini kan diperbuat daripada tanaman hidup? Takkanlah ia tak rosak langsung?

Jadi, jika anda inginkan kulit licin tapi tak nak bergantung sangat kepada scrub, cubalah gunakan span ini!

Sumber: Marie Claire

Ad Ops