Gosip Famous Couple Potong Gaji Pekerja, Hafiz Mahamad Terkejut Nama Terpalit! – “Bakal Beri Bonus Berjumlah RM300,000 Kepada 70 Staf”

Personaliti media sosial, Hafiz Mahamad terkejut apabila namanya dan isteri, Syafiqah Aina menjadi sebutan netizen dek kerana gosip pasangan popular yang memotong gaji pekerja bertebaran.

Menafikan perkara terbabit, Hafiz yang juga merupakan usahawan sangat mementingkan kebajikan pekerja dan menganggap mereka sebagai keluarga.

“Saya adalah majikan yang sangat mengutamakan kebajikan! Setakat ini, saya dan isteri tidak pernah kami lupa perkara itu, lebih-lebih lagi apabila kami mengusahakan dua perniagaan iaitu Ainaa Beauty dan Ainaa Clinic.

“Untuk pengetahuan orang ramai, Ainaa Clinic kami tidak pernah lagi ambil gaji, walaupun perniagaannya bagus. Kami tak pernah ambil gaji sebagai majikan. Apa yang kami dapat, kami kongsikan dahulu dengan pekerja kerana mereka tulang belakang kami,” katanya.

Tambah Hafiz, dia juga turut memberikan bonus kepada pekerjanya serta membawa mereka menunaikan umrah pada Januari lalu.

“Syukur Alhamdulillah, perniagaan baik pun kerana hasil usaha semua pihak terutamanya pekerja-pekerja kami. Jadi, kami mampu berikan bonus sebulan walaupun perniagaan masih baharu.

“Kami juga sudah menghantar mereka ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Umrah sekitar Januari lalu. Jadi, tak timbul isu tak menjaga kebajikan pekerja kerana setakat ini, semuanya terjaga,” katanya.

Hafiz ditemui usai majlis anugerah Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA) yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada Ahad.

Memenangi trofi kategori Digital Influencer Tergempak, Hafiz juga mengungguli trofi utama GMWA selepas meraih undian terbanyak.

“Syukur Alhamdulillah, saya sangat tak sangka dapat membawa pulang dua trofi malam anugerah ini. Sejak saya dicalonkan, pekerja saya antara yang banyak memberi sokongan. Mereka juga gigih mengundi saya dan ia membuatkan saya rasa terharu.

“Saya bakal memberikan mereka cuti sehari dan bonus selama sebulan kepada 70 orang pekerja yang dianggarkan berjumlah RM300,000,” katanya.

Padin