“Ayam Oh Ayam… Kenapa Wujud Lelaki Macam Ni?” – Fatin Afeefa, Adam Shahz Gagal Capai Kata Sepakat, Opai Luah Rasa Kesal!

Isu hak penjagaan anak pelakon Fatin Afeefa dan bekas suami, Adam Shahz sekali lagi gagal mencapai kata sepakat apabila kes berkenaan ditangguhkan untuk sebutan kali kedua iaitu pada 17 April depan.

Artikel Berkaitan: Kes Tuntutan Hak Penjagaan Anak: Adam Shahz Mohon Hak Lawatan Tapi Fatin Afeefa Bantah, Maklum Empat Bulan Tak Jumpa Anak

Namun begitu, gelagat suami kepada Fatin Afeefa, Aliff Awang menarik perhatian apabila dia meninggalkan kata-kata di ruangan komen sebuah portal hiburan yang berkongsi keadaan di mahkamah hari ini.

“Ayam oh ayam,” tulisnya ringkas.

Malah, menjengah di akaun Instagram Aliff, dia memuat naik sebuah video yang dilihat mempersoalkan kewujudan lelaki seperti Adam.

“So hari ini saya bangun pagi pergi mahkamah dengan isteri. Masuk mahkamah seminit je lepastu keluar balik… Tak faham, kenapa ada lelaki macam ini… wujud dekat dunia macam ni,” katanya.

Aliff juga dilihat menulis kapsyen ringkas pada video tersebut dengan memanggil Adam sebagai Ayam di mana salah satu nama watak yang pernah dibawa dalam lakonan.

“Kenapa dengan awak ni Ayam?” tulis Aliff.

 

Artikel Berkaitan: Tepis Dakwaan Fatin Afeefa, Adam Shahz Tak Kecil Hati Digelar ‘Biawak Hidup’

Artikel Berkaitan: “Kalau Saya Layan, Apa Beza Level Saya Dengan Dia?” – Adam Shahz Enggan Layan Dakwaan Disindir Suami Fatin Afeefa

Artikel Berkaitan: Kena Sindir Dengan Suami Fatin Afeefa Di Mahkamah, Ini Respons Adam Shahz

Artikel Berkaitan: “Lebih 3 Bulan Dia Halang Saya Jumpa Anak…” – Adam Shahz Dakwa Fatin Afeefa Sekat Nombor, Tekad Mahu Hak Sebagai Bapa

Atiqah Johari