[VIDEO] Puteri Sarah Tak Pandang Gelaran Datin – “Saya Bekerja Dapat Hasil Sendiri…”

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana mengakui tidak memandang pangkat seperti ‘Datin’.

Sarah menjawab persoalan yang diasak oleh netizen ketika sesi siaran langsung di aplikasi TikTok yang bertanya sekiranya suaminya, Syamsul Yusof menerima pangkat Datuk.

“Sarah kisah tak nanti kalau Syamsul jadi Datuk, Sarah tak jadi Datin?” soal netizen berkenaan.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini kekal tenang menjawab persoalan tersebut.

Menurut aktres Suri Hati ini, dia bersyukur dikurniakan rezeki dan berkemampuan untuk membawa kedua-dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah bercuti.

Bukan itu sahaja, di sebalik segala perkara yang sudah terjadi, Sarah menegaskan perkara paling utama adalah dia mampu mencari wang hasil pencarian sendiri.

“Kenapa saya nak kena kisah? Gelaran tu tak penting pada saya. Apa yang penting adalah saya bekerja, dapat duit hasil usaha sendiri, pergi shopping, bawa anak-anak holiday.

“Jadi I rasa gelaran tu sangat tak penting. Pada saya dalam bank kena ada duit, itu lebih penting,” balasnya.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 500,000 tontonan, 17,000 tanda suka dan 761 komen.

Aqilah Paharuzi