Categories: HiburanSelebriti

Guna Anak Kaut Untung? Ini Jawab Che Ta!

“Tiada  niat saya untuk memanipulasi anak sendiri,” ini jawapan Che Ta berikutan laporan mengatakan pelakon jelita ini mempergunakan anak perempuannya untuk mengaut keuntungan.

Menurut pelakon Rozita Che Wan niatnya hanya untuk berkongsikan informasi mengenai makanan yang diambil oleh Aaisyah Dhia Rana sewaktu proses tumbesarannya.

Dakwaan timbul apabila Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta menjadikan Aaisyah sebagai duta produk makanan tambahan untuk kanak-kanak.

Tindakan itu disifatkan netizen sebagai strategi untuk melariskan jualan produk berkenaan.

Apa yang saya lakukan hanya untuk membantu golongan ibu bapa mencuba produk berkenaan yang disifatkan dapat mengurangkan masalah kesihatan kepada kanak-kanak. Ia merupakan produk yang berasaskan sunnah dan sesuai untuk kanak-kanak,” katanya.

Katanya kepada salah sebuah portal tempatan, beliau hanya berkongsi pengalamannya sendiri.

“ Saya bersyukur kerana Aaisyah jarang berdepan masalah kesihatan sepanjang membesar,” katanya.

Hubungan baik antara Che Ta dan pengilang makanan tambahan yang dikenali sebagai ‘Champ, Champ, Champ! Aaisyah itu akhirnya membuka ruang untuk mereka menjalinkan kerjasama, sekali gus membantu kanak-kanak lain di luar sana.

SGMS Faida