Gurauan Faezah Elai Tidak Kena, Ini Komen Pedas Fazura

Setelah dinobatkan sebagai pemenang yang merangkul banyak anugerah pada malam Anugerah Telenovela 2018 baru-baru ini, Fazura bagaimanapun mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat dan pengarah yang banyak memberi sokongan terhadap karier seni beliau sepanjang bergelar artis.

Walaupun beliau tidak dapat hadir pada malam anugerah tersebut, Fazura sempat menghantar wakil bagi pihak beliau namun, apa yang mencuri perhatian pada malam itu adalah, statement yang dikeluarkan oleh Faezah Elai selaku penyampai anugerah tersebut yang dilihat seakan-akan memerli saiz dan bentuk badan wakil Fazura sehingga menyebabkan satu dewan ketawa seolah-olah sedang bersetuju dengan ucapan beliau.

Fazura nampaknya meluahkan perasaan tidak puas hati beliau terhadap apa yang disampaikan oleh Faezah Elai kerana statement “Fazura selepas 5 orang anak” dan faktor “body shaming” nyata mengguris hati dan memalukan orang.
Mungkin itu hanyalah sekadar gurauan yang cuba dilakukan oleh isteri kepada pengarah terkenal, Haikal Hanifah ini, tetapi nampaknya gurauan dan kata-kata itu tidak sesuai dan disalah ertikan.
Apapun, diharap kepada Faezah Elai dan sesiapa sahaja yang bakal menjadi pengacara untuk anugerah yang berprestij selepas ini diharapkan anda akan lebih sensitif terhadap apa yang bakal disampaikan okay!
Salma Syahbuddin