Saharul Ridzwan Terima Ugutan Bunuh

Siapa #teamfika, siapa #teamhusna.. Ada tak yang #teamshah. Drama Jangan Benci Cintaku di Slot Akasia TV3 menjadi bualan di laman social media masyarakat termasuk selebriti. Ada yang menyokong dan ada yang menentang watak di dalam drama ini

Yang terbaru,  watak utama Shah yang dimainkan oleh Saharul Ridzwan telah mendapat ugutan bunuh . 

“Bangun pagi check DM dah ada ugutan bunuh” katanya

Peminat telah DM melalui IG Saharul Ridzwan dengan nota

“Oi Shah!!!… ko jgn kawin dgn pompn gila husna tu! Knp ko buta lembik sgt!! Fika tu betul2 sygkan ko la.. tolong la.. buka mata tu sikit. Ni amaran aku bagi kat ko ok. Klau ko kawin dgn pompn gila tu aku jmp ko kat luar aku bunuh ko! Xa hati perut langsung. Fika sayangkan ko tahu tak !!”

Dasyat juga penangan drama ini sampai begini sekali reaksi peminat. Masih ada lagi baki 5 episod sebelum ketinggalan so apa lagi jom sesama menonton di TV3

SGMS Enal