Watak Lum ‘Ringankan’ Filem Yang Berat

Siapa dah tonton filem Pulang? Kalau dah tonton, watak Lum mesti membuatkan anda tertawa dalam masa sama hiba pun ada. Betul tak?

Karakter Lum dilihat sebagai seorang yang sangat positif, kelakar dan dalam masa sama dia juga memiliki sifat setia kawan yang tinggi.

Bagi pelakon Alvin Wong memberitahu, dia terpaksa memberi gambaran sendiri terhadap karakter Lum dalam Pulang.

“Apa yang saya lakukan adalah dengan cuba menghasilkan satu tarikan mengenai personaliti dirinya.

“ Saya menjadikannya seorang yang kelakar, positif dan bersemangat,” katanya.

Tambah Alvin, dia juga tidak menyangka dapat berkongsi set yang sama dengan Remy Ishak.

“ Kami serasi dan mudah untuk saya berlakon bersamanya.

“ Bukan saja dengan Remy, malah pelakon lelaki Melayu lain. Kami mudah mencipta keserasian,” katanya.

Menerusi Pulang, Alvin menganggap watak Lum diperlukan bagi meringankan cerita yang sarat.

“ Biarpun sekadar pelakon pembantu, tetapi saya ambil serius watak berkenaan,” katanya yang memulakan karier lakonan untuk pasaran Melayu sejak 2004.

SGMS Faida