Hael Husaini Salah Buat Pilihan?

Tak sangka penyanyi yang kini menjadi kegilaan ramai akhirnya terpaksa akur apabila mengakui kesilapan beliau dalam membuat pilihan.

Bagi Hael, beliau memilih wanita tersebut kerana mempunyai tarikan yang menarik selain mempunyai aura yang tersendiri. Namun, siapa menyangka pilihan penyanyi yang popular menerusi lagu Hajat ini ternyata salah. 

” Kenapa saya memilih Eksperiwomen? Sebab saya rasa dia ada satu tarikan yang menarik, dia ada aura tersendiri.” Katanya pada program I Can See Your Voice Malaysia Musim kedua. 

Pilihan Hael yang disangkakan seorang penyanyi sebenar itu merupakan seorang penyamar bersuara sumbang selepas melalui empat pusingan pemilihan. Mengakui terkejut dengan suara Eksperiwomen, Hael bagaimanapun hanya mampu ketawa dan tersipu malu.

Dan yang penting, Eksperiwomen atau nama sebenarnya Noorhapizah Napiah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3000. 

Hael Husaini turut berkongsi momen bersama Eksperiwomen di akaun instagram miliknya. Jom kita tengok!

Salma Syahbuddin