Categories: Gaya Hidup

14 foto taktik pemasaran produk ini pasti buat anda rasa geram

Pernahkah anda membeli keropok di pasar raya dan mendapati bahawa bungkusannya mengandungi lebih banyak angin daripada keropok? 

Rasa seperti tertipu pula! Mesti anda rasa hendak marah, bukan?

Nanti dahulu! Sebelum anda membuat aduan kepada mana-mana persatuan pengguna, anda perlu memahami sebab di sebaliknya.

Sebenarnya itu bukanlah angin biasa, sebaliknya gas nitrogen. Fungsinya adalah untuk mengelakkan keropok di dalam bungkusan itu daripada teroksida lalu menjadi lemau. 

Jadi jika anda inginkan keropok yang rangup, suka atau tidak, gas nitrogen mesti ada di dalam pek berkenaan.

Bagaimanapun, syarikat pemasaran di serata dunia sering menggunakan pelbagai taktik licik untuk membuatkan produk mereka tampak menarik. Malangnya pada masa yang sama, mereka turut mengambil kesempatan terhadap pembeli.

Dalam usaha untuk melariskan produk dan mengaut keuntungan, mereka tidak lagi mementingkan kepuasan pelanggan. Kita sebagai pengguna inilah yang menjadi mangsa!

Jom kita lihat taktik-taktik yang pernah digunakan. Pernahkah anda terkena?

Bekas sahaja yang besar, isinya tidak banyak mana pun.

 

 

Mentang-mentanglah kita tidak boleh nampak!

 

 

Sekadar boleh nampak di celah ‘tingkap’ kotak, bolehlah dijual.

Nampak macam ada 20 lilitan, rupa-rupanya satu sahaja.

 

Ingatkan menguntungkan tetapi sebenarnya tidak.

 

 

 

Rupanya tidak sama seperti yang tertera pada bungkusan!

 

Mengapa tidak sama sahaja untuk semuanya?

Pengeluar produk ini mendakwa mereka ingin mengurangkan penggunaan bahan plastik.

Sebab itulah pen ini dibalut dengan kertas. Tetapi bila ditanggalkan, plastik juga!

Bungkusan kata ada 40 biji, tetapi yang ada hanyalah 27. Mana perginya 13 lagi?

Pernahkah anda lalui situasi begini? Ceritakan kepada kami.

Sumber: Too Panda

Ad Ops