Hafidz Roshdi Didakwa Bakal Berkahwin Sabtu Ini, Bekas Isteri Tidak Mahu Ambil Tahu – “Saya Seronok Dengan Kehidupan Sekarang…”

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tidak mahu mengambil tahu tentang dakwaan bekas suaminya akan berkahwin tidak lama lagi.

Memetik laporan Gempak, sekiranya dakwaan tersebut benar, Shuhada mendoakan kebahagiaan Hafidz dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada.

“Saya tak tahu pasal itu dan saya pun tidak mahu ambil tahu sebab saya sibuk dengan kehidupan saya.

“Saya sibuk kerja dan menguruskan anak-anak dan saya sedang berseronok dengan kehidupan saya sekarang. Alhamdulillah.

“Apa-apa pun saya doakan yang terbaik buat mereka, saya sekarang hanya mahu meneruskan kehidupan saya bersama anak-anak dengan baik,” ujarnya.

Tegas Shuhada lagi, dia tidak mahu lagi mengimbau kisah lalu dan ingin fokus dengan kehidupannya sekarang.

“Saya sangat gembira dengan kehidupan saya sekarang dan saya juga bekerja keras untuk membesarkan anak-anak saya.

“Alhamdulillah dengan apa yang saya miliki sekarang. Saya hanya mahu berseronok dengan kehidupan saya sekarang,” katanya.

Terdahulu, tular kad undangan perkahwinan yang tertera nama Hafidz dan Athira yang bakal disatukan pada 16 Disember ini di sebuah dewan di Selangor.

Malah, Hafidz juga tidak menafikan perkara tersebut dan akan berkongsi apabila tiba waktu yang sesuai.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Bakal Tamatkan Zaman Duda Pada 16 Disember, Hafidz Roshdi Tampil Buka Mulut

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 6 Bulan Bercerai, Hafidz Roshdi Bakal Berkahwin Dengan Athira Yuhada Sabtu Ini?

Didakwa, Athira merupakan orang ketiga yang menjadi punca kepada keretakan rumah tangga Hafidz dan Shuhada.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 3 tahun.

Maya Basir