Peminat Teruja Konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA) Live In Singapore Bakal Tampilkan Ernie Zakri! – “Mimpi Jadi Realiti”

Impian peminat kedua-dua bintang terkenal, Aina Abdul dan rakan seperjuangan, Ernie Zakri seolah-olah sudah tercapai apabila bakal menyaksikan gandingan hebat mereka dalam konsert ‘A Night With Aina Abdul  (ANWAA) Live In Singapore ‘ pada Januari depan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pelantun lagu popular, Sepi menerusi satu hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi.

Aina mengucapkan terima kasih kepada Ernie atas kesudiannya untuk bekerjasama dalam konsert antarabangsa pertama buat pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 menerusi lagu Terus Hidup itu.

“Thank you Ernie. Sudi terima lamaran Aina utk join ANWAA Live in Singapore!,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat kedua-dua bintang vokal lunak ini meluahkan rasa teruja serta tidak sabar untuk menanti gandingan hebat Aina dan Ernie.

Bertempat di The Theatre at Mediacorp yang memuatkan 1,800 kapasiti penonton, Aina akan beraksi dalam Konsert A Night With Aina Abdul Live in Singapura pada 6 Januari 2024.

Konsert yang dianjurkan oleh Neptune Presents dan Aina Abdul Entertainment ini akan mempersembahkan sebanyak 26 rangkaian lagu hits dalam konsert yang akan berlangsung selama 2 jam 30 minit itu.

Tiket konsert sudah mula dijual pada 29 November 2023 dengan harga dari 88 SGD sehinga 258 SGD menerusi www.ainaabdul.my

Artikel Berkaitan: 30% Set List Lagu Akan Berbeza Dari ANWAA 3.0, Konsert A Night With Aina Abdul Singapura Lebih Mencabar

Artikel Berkaitan: Tak Bolot Sendiri! Perlu Bayar Gaji Kru, Aina Abdul Jawab Dakwaan Bayaran Paling Mahal

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Promosi Golongan Lelaki Untuk Berpakaian Menyerupai Wanita Di Konsert? Ini Respons Aina Abdul – “Itu Identiti & Hak Mereka”

Artikel Berkaitan: “Kami Banyak Girls Talk, Tapi Tolong Berhenti Sakitkan Hati Ernie & Keluarga” – Best Gym Buddies, Aina Abdul Tak Pernah Borak Soal Industri Muzik Bersama Ernie Zakri

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Setuju Kalau Kita Nak Samakan Konsert Aina Abdul Dengan Coldplay” – Lah Ahmad

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Malu Peminat Berbalah – “Anak Seni Seperti Saya Perjalanannya Masih Jauh”

Aqilah Paharuzi