Individu Luah Rasa Muak Tengok Muka Meerqeen Di TV, Tuan Badan ‘Tenang’ Bidas Komen

Nama pelakon popular, Meerqeen hangat menjadi buah mulut ramai di platform media sosial selepas ada individu meluahkan rasa kurang senang melihat wajahnya kerap muncul di kaca televisyen (TV).

“To be honest bosan dah tengok muka Meerqeen, macam next please!,” tulisnya.

Individu berkenaan berkata demikian di platform X meraih perhatian tuan badan, Meerqeen yang tampil membidas komen tersebut.

Aktor drama rantaian terkenal Melur Untuk Firdaus ini membalas ciapan tersebut dalam nada ‘savage’, dengan berkata dia baru sekali sahaja keluar di TV pada tahun ini.

“Tahun ini saya keluar TV sekali je awak,” ciapnya.

Sementara itu, rakan industri, pelakon terkenal Nadhir Nasar turut mempertahankan Meerqeen dalam ciapan yang sama.

“Saya dah tiga tahun tengok muka dia, Alhamdulillah tak pernah bosan,” ujarnya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terhibur membaca respons Meerqeen.

Namun begitu, ada juga segelintir individu yang berkata nama Meerqeen heboh di media sosial berhubung beberapa gosip timbul mengenai dirinya.

Sebelum ini, Meerqeen menepis dakwaan mencium aktres, Mimi Lana dan telah menghubungi rakannya, Syafiq Kyle bagi menjelaskan situasi berkenaan.

Artikel Berkaitan: Meerqeen Tepis Tuduhan Bercium Dengan Mimi Lana Di Kelab Malam – “Tak Berlaku Langsung!”

Artikel Berkaitan: Peminat Dakwa Meerqeen Kini ‘Rapat’ Dengan Aktres Cantik Indonesia?

Artikel Berkaitan: Diselar ‘Playboy’ Gara-Gara Sering Jalin Cinta Dengan Artis Gandingan Drama, Meerqeen Malas Layan Kecaman Netizen – “Lebih Baik Saya Berdiam”

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Rasa Antara Kami Bertiga Ada…” – Amir Ahnaf Jawab Tuduhan Rampas Anna Jobling Daripada Meerqeen

Aqilah Paharuzi