Hafiz Hamidun Pilih November?

Sebuah entri yang bertulis 1.11.2019 yang dimuatnaik oleh penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun baru-baru ini telah menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat.

Menerusi laman komen di Instagramnya, rata-rata pengikut Hafiz dilihat tertanya-tanya sama ada penyanyi ini akan kembali berkahwin sekali lagi pada tarikh itu.

Entri berkenaan juga menarik minat penyanyi dan pengacara Ifa Raziah yang meninggalkan komen teruja.

“Yeah nak kahwin,” tulis Ifa ringkas.

Rata-rata pengikut Hafiz ikut teruja dengan teaser berkenaan. 

Sebelum ini, Hafiz dilaporkan sedang rapat dengan seorang Instafamous dari Indonesia. Maka ramailah yang menjangkakan dia akan berumah tangga atau bertunang pada tarikh tersebut.

Ada juga netizen yang ‘meneka’ penyanyi itu bakal tampil dengan single terbaharu pada tarikh itu nanti.

Untuk rekod, Hafiz pernah berkahwin dengan usahawan terkenal, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin pada 1 Mei 2017 dan bercerai pada 25 Oktober 2017.

Apapun, kita tunggu pengumuman dari empunya badan. Kalau benar Hafiz bakal berkahwin, kami di Xtra mendoakan yang terbaik buat Hafiz. Amin!

SGMS Faida