Hiburan By: SGMS Faida July 21, 2019 @ 5:32pm

Hafiz Kurus Sebab Gangguan Mistik?

Gara-gara terlalu kurus, ramai netizen menyangka penyanyi Hafiz Suip kini sedang dilanda masalah.

Namun hal ini disangkal oleh Hafiz yang menafikan penurunan berat badannya mempunyai sangkut paut dengan masalah kesihatan atau unsur mistik.

Hafiz yang tidak mudah melatah dengan spekulasi terbabit, sebaliknya menjelaskan ingin tampil lebih segak di depan kaca televisyen.

“Saya kurus bukanlah kerana faktor lain sebaliknya, mengambil pendekatan untuk menitik beratkan penampilan. Sebagai penghibur, saya rasa penting untuk mengekalkan bentuk tubuh sedap mata memandang untuk beraksi di kaca televisyen.

“Kadang kala, saya sendiri kurang dapat mentafsir masyarakat kerana sentiasa tidak berpuas hati. Kurus susah, gemuk pun susah, sehinggakan saya memilih untuk tidak ambil pusing kata-kata orang lagi.

“Apa yang penting, ia bukanlah atas faktor kesihatan atau ilmu hitam. Sebagai figura, menjadi tanggungjawab untuk menjaga penampilan. Itu sahaja,” katanya kepada Xtra.

Terdahulu, setelah sekian lama tidak membuat perkongsian di media sosial, penampilan terbaharu Hafiz di Instagram mengundang pelbagai reaksi. Malah, rakan selebriti turut meluahkan kerisauan dengan kapsyen yang disertakan dengan gambar berkenaan.

Penyanyi yang popular dengan single berjudul Lagu Cinta Kita itu berkongsi, masa senggangnya kini terisi dengan aktiviti memancing. Pengalaman yang di peroleh Hafiz itu turut dikongsikan menerusi media sosial.

“Setiap individu mempunyai minat dan hobi tersendiri, bagi saya memancing memberi kepuasan dalam definisi berbeza. Biarpun berjauhan dengan keluarga, namun rasa rindu itu mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga.

“Malah, mungkin klise untuk sesetengah pihak, tetapi saya banyak belajar bersabar daripada hobi ini. Selain itu, saya juga banyak meneroka tempat menarik di dalam negara,” kata Hafiz.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Tya Ariffin Teruja Followers Cecah Sejuta, Cayalah!

Memang seronok tengok posting Tya setiap hari, penuh dengan positiviti!

Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Sharifah Sakinah Ajak Meerqeen Couple?

Eh biar betul? Pastu #meerna macam mana? 😱

Featured Mon, 7 Nov 2022
Featured Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Tue, 28 Feb 2023