Anugerah By: Maya Basir July 22, 2023 @ 12:22pm

ABPBH 35: Pernah Dihiraukan & Dikutuk, Bell Ngasri Tak Pernah Simpan Hasad Dengki

Penyandang gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35), Bell Ngasri mendedahkan bukan mudah untuk dirinya berada di tahap sekarang.

Bell pernah merasakan dirinya seakan tidak wujud apabila digandingkan dengan pelakon-pelakon baru yang lebih dikenali.

“Pernah masa pertengahan hidup sebagai seorang artis, saya pernah dikatakan macam ni ke jadi artis badan ketot?

“Sudah tentu ia melunturkan semangat diri tapi Alhamdulillah akhirnya ini adalah satu bukti kepada mereka yang pernah mengata saya.

“Saya pernah berdiri seangkatan dengan pelakon-pelakon baru yang hebat tetapi saya yang berada di situ seperti tidak dipedulikan.

“Tapi saya tak pernah simpan apa-apa hasad dengki, saya sendiri orang yang suka untuk menaikkan orang lain,” ujarnya.

Sementara itu, Bell sangat terharu dengan sokongan calon-calon lain yang ingin menaikkan dirinya sebagai pemenang.

“Saya tak pernah tengok dalam ABPBH, artis-artis lain nak bantu kawan lawan mereka sendiri. Tapi Alhamdulillah mungkin sebab Allah nak tunjuk, kau tak ada perasaan dengki, aku bagi kawan-kawan yang nak naikkan kau,” katanya.

Selain merangkul trofi Bintang Paling Popular, Bell juga memenangi kategori Artis Komedi Popular yang mengalahkan calon Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Thu, 6 Dec 2018

「城市巨响音乐节」齐聚20组来自亚洲各地歌手

音乐节阵容鼎盛,音乐风格丰富;来自亚洲各地的20组乐队与音乐人齐聚吉隆坡,展现音乐巨响力量!

Featured Thu, 13 Jul 2023
Featured Wed, 12 Jan 2022
Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Thu, 7 Nov 2019