Featured By: Nurul Hana July 13, 2023 @ 12:02am

Buletin TV9 Tambah Waktu Berita Dengan Wajah Baharu

TV9 telah menambahkan slot waktu berita kepada 50 minit pada 1 Jun lalu dengan pelbagai penambahbaikan bagi memenuh citarasa penonton.

Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah barisan penyampai berita yang muda yang bakal menyajikan penonton dengan berita terkini.

Penyampai berita TV9, Affizza Azmi telah mempunyai lebih sedekad pengalaman dalam Buletin TV9 mengatakan bahawa pembaharuan Buletin TV9 ini akan menampilkan pelbagai segmen baharu seperti Tular, Turun Padang dan Potret Inspirasi.

“Buletin TV9 ini berbeza kerana mempunyai pelbagai segmen yang melaporkan berita semasa secara menyeluruh. Dan untuk wajah baharu ini kami mengetengahkan dua pembaca berita berbanding seorang sebelum ini.

“Sebagai penyampai berita TV9 yang boleh dikatakan senior, saya sudah melalui banyak fasa ‘revamp’, jadi saya nampak perubahan sejak dahulu hingga sekarang serta merasai turun dan naiknya stesen televisyen ini.

“Dan sepanjang perjalanan, banyak pengalaman yang sudah ditimba. Saya berharap penambahbaikan dan kualiti penyampaian berita diberikan selaras dengan kehendak penonton.

Affizza juga memberitahu penyampai berita yang lebih muda dapat membawa Buletin TV9 ke arah yang lebih baik.

“Kami mahu tampil dengan lebih muda dan segar, jadi penyampai berita yang ada ini juga muda dan berbakat.

“Mereka bukan sahaja boleh menyampaikan berita dengan baik, tetapi boleh mengacara dan membuat siaran langsung dengan baik.

“Sebagai senior, saya percaya mereka boleh membawa Buletin TV9 ke arah lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Barr berkata, Buletin TV9 sering melakukan penambaikan tetapi kali ini agak mencabar kepada dirinya.

“Kami akan melakukan penambahbaikan setahun sekali. Dan penambahbaikan kali ini paling besar pernah dilakukan apabila Buletin TV9 dari setengah jam kepada 50 minit bersiaran.

“Bukan merasakan 30 minit tidak cukup, tetapi kami rasa banyak yang boleh diberikan. Kami juga bekalkan penonton dengan pelbagai segmen yang memerlukan kami turun padang setiap hari, semuanya bermanfaat untuk penonton di luar bandar.

“Kerana sasaran penonton Buletin TV9 ini adalah masyarakat luar bandar, jadi apabila bersiaran paling awal berbanding dengan siaran berita utama di stesen TV lain, mungkin ia boleh memberikan kelainan yang membawa manfaat tersendiri,” katanya.

Sementara itu, Irfan Ali merupakan penyampai berita yang baru sahaja menyertai Buletin TV9 sejak julai lalu.

Irfan yang pernah bertugas di sebuah stesen TV sukan ini berkata, banyak perubahan dan tugas yang perlu dilaluinya daripada seorang hos kepada penyampai berita.

“Dari segi penyampaian, bagaimana kita mahu menyampaikan berita dan intonasi berbeza. Misalnya, sebagai hos saya perlu berinteraksi dengan orang dan melakukan ulang kaji supaya penonton seronok menonton, tetapi penyampaian berita perlulah lebih jitu, telus dan dalam masa sama, fokus.

“Mulanya saya akui nampak macam senang sahaja membaca berita, tetapi bila sudah belajar bersama penyampai berita lain seperti bersama Nur Afizza dan Ahmad Barr, banyak perkara baharu yang saya kena biasakan. Jadi, tidak senang sebenarnya nak baca berita.

“Saya pula gemar mencuba perkara baharu, walaupun susah pada awalnya, tetapi dengan sokongan dan dorongan tenaga pengajar, ia menyebabkan saya semakin berminat mahu menerokai dunia penyiaran,” jelas Irfan.

Terdahulu, penambahan waktu siaran Buletin TV9 bermula antara jam 7 hingga 7.50 malam turut disiarkan serentak secara langsung menerusi platform digital rasmi TV9, YouTube dan Facebook.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Mar 2022
Hiburan Mon, 15 Jan 2024

Influencer Elcah Selamat Bergelar Isteri Buat Kali Ketiga, Terima Mas Kahwin Sebuah Kereta Mercedes

Wah lain macam ye mas kahwinnya! Semoga Elcah bahagia bersama pasangan

Hiburan Tue, 3 Oct 2023
Hiburan Mon, 2 Sep 2019

Pelakon Jumanji Perlu Pembedahan

Pasti remuk hatinya melihat keadaan ‘buah hatinya’ itu

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

‘Bagi Saya Dia Tak Tua’, Shima Anuar Balas Soalan Netizen Tentang Suami

Dia sudah 50 tahun tapi itu bukan sesuatu perkara besar bagi saya. Apa yang penting tua-tua pun dia boleh bagi saya zuriat.

Hiburan Fri, 18 Oct 2019
Hiburan Sat, 26 May 2018

《娱协30》黄明志以5奖成为大赢家

黄明志早前先以featuring王力宏的《漂向北方》拿下十大原创歌曲奖(国际组),在《娱协30》再下一城勇夺最佳原创金曲、最受欢迎K歌金奖、最佳作词及最佳歌曲制作奖,以5奖成为当晚最大赢家。