Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 20, 2023 @ 3:26pm

Kenang Memori Pembabitan Awal Dalam Lakonan, Sharifah Rose Beli Cincin Berlian RM10,000 Guna Gaji Pertama

Pelakon cantik, Sharifah Rose mengenang semula memori di awal penglibatannya dalam dunia lakonan.

Menurut Rose, dia menggunakan gaji bayaran pertama sebagai pelakon untuk membeli cincin berlian bernilai RM10,000.

“Paling mahal saya pernah beli adalah cincin berlian dalam RM10,0000. Masa tu pertama kali dapat payment untuk drama.

“Saya tak nak beli sesuatu benda yang bukan-bukan. Jadi mak saya kata beli barang yang saya akan ingat dan boleh pakai,” katanya.

Menyentuh soal pelaburan, Rose yang popular sebagai pempengaruh sebelum terjun ke dunia lakonan gemar mengumpul tas tangan dan barangan kemas.

“Bila bercakap soal investments ini, saya suka tas tangan dan barangan kemas. Tapi jika fikir lebih kepada long term, saya akan pilih barangan kemas lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi sekarang.

“Barang kemas ini adalah satu perkara yang sangat dekat dengan keluarga saya. Saya hanya ada seorang adik lelaki, dan saya seorang anak perempuan sulung. Dari kecil mak saya suka pakaikan semua barang kemas pada saya,” katanya lagi.

Rose ditemui pada pelancaran kempen raya Habib ‘Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023’ bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Meluahkan rasa teruja atas rezekinya buat pertama kali menjadi duta Habib, segala proses untuk menjadi wajah jenama itu berlaku dengan pantas iaitu sekitar Disember lalu.

“Saya rasa sangat overwhelming dapat bekerjasama dengan brand besar, Habib yang dah 65 tahun. Sebelum ini nama-nama besar yang menjadi duta Habib seperti Rozita Che Wan dan Anzalna..

“Semasa shooting sangat teruja sebab saya tak pernah nampak set barangan kemas harga berpuluh ribu dan pakai dalam masa sehari. Macam mimpi bekerja dengan Habib. Satu rezeki yang sangat luar biasa untuk bekerja dengan Habib di usia yang sangat muda.

Jenama itu memilih pelakon muda berjiwa besar, Sharifah Rose sebagai wajah selebriti yang memperagakan koleksi mereka.

Buat julung kalinya, jenama terbabit berkolaborasi bersama pereka fesyen terkenal Malaysia, Syomirizwa Gupta, yang menampilkan busana. mewah yang elegan dan berwarna ceria sebagai penyeri di Aidilfitri, untuk digayakan bersama koleksi Raya mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Oct 2021

Ini Apa Yang Diperkatakan Siti Saleha Selepas Memfailkan Perceraian

Selepas mengesahkan dirinya memfailkan perceraian terhadap suaminya, pelakon jelita, Siti Saleha dilihat masih tenang berhadapan dengan situasi yang terjadi. Menerusi laman Instagram, Saleha memuat naik foto bersama kapsyen ‘I’m good’ sekaligus memberi bayangan dirinya dalam […]

Trending Tue, 26 Apr 2022

Skuter Elektrik Dilarang Di Atas Jalan Raya Berkuat Kuasa Serta-Merta

Kenderaan mikromobiliti dilarang digunakan di atas jalan raya.

Events Mon, 10 Dec 2018

Hilton Petaling Jaya Brings Joy to Children from Rumah Jaireh this Christmas

It was a gorgeous Christmas experience for the children.

Featured Sun, 15 Jun 2025
Trending Thu, 19 Apr 2018

Isu Peha Melimpah, Ramai Menunggu Kak Zai Buat Permohonan Maaf

Isu panas membabitkan pengulas fesyen, Zaihani Mohd Zain mengkritik tetamu fashion show yang berbadan besar masih belum reda lagi nampaknya?

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

Ini Doa Sang Mantan Buat Emma Maembong

Semoga netizen tidak menyerang pelakon ini lagi di ruangan komen miliknya

#SkoolXTRA Tue, 27 Feb 2024
error: Content is protected !!