Hak Milik Pasaraya Jadi Persoalan, Rosyam Nor Buat Sidang Media Hari Ini

Pelakon Datuk Rosyam Nor akan mengadakan sidang media jam 2 petang hari ini bagi menjelaskan isu berhubung pasar raya ST Rosyam Mart.

Ini berikutan isu hak milik peniaga bukan melayu yang kini menjadi bualan netizen di media sosial.

Difahamkan, sidang media ini akan disertai pihak ST Rosyam Mart Sdn Bhd.

Pasar raya ST Rosyam Mart yang beroperasi 24 jam di Setiawangsa mula menjadi tumpuan ramai apabila pernah menawarkan harga seekor ayam RM0.80 sahaja.

Nama pasar raya yang mempunyai keluasan sebanyak 13 lot unit kedai itu diambil sempena usaha samanya dengan syarikat Sri Ternak. 

Dalam sidang media sebelum ini, Rosyam memberitahu pasaraya ST Rosyam Mart merupakan cubaan pertamanya membuka pusat borong dengan usaha sama syarikat Sri Ternak.

SGMS Faida