Halal Bukan ‘Tiket’ Untuk Tidak Jaga Batas Dalam Lakonan – Sweet Qismina Tak Mahu Peminat Meluat

Pelakon Sweet Qismina, 25, mengaku walaupun statusnya kini berubah menjadi seorang isteri, namun batas dalam pergaulan dan lakonan juga harus dijaga.

Sweet berkata, halal bukanlah tiket untuknya dan suami tidak menjaga batas dalam lakonan memandangkan tidak akan ada isu yang akan dibangkitkan kelak.

Bagaimanapun, setiap perkara harus diambil kira apatah lagi dia tidak mahu peminat dan penonton meluat melihat aksi mereka di kaca televisyen.

“Alhamdulillah,kalau berlakon bersama boleh touching-touching. Tapi kita tengok pada situasi jugak kalau skrip tu memerlukan adengan yang bersentuhan, for me tak ada masalah lagipun dah halal dan semestinya tak ada isu yang akan dibangkitkan.

“Tapi walaupun halal, it has to be sedap mata memandang. Macam kita tahu, walaupun suami isteri ia bukanlah tiket untuk buat apa sahaja didepan orang, nanti orang meluat pula, jadi kami masih menjaga batas apa yang patut,” katanya.

 

Tegasnya, perkara ini telah dibincangkan sejak mereka belum berkahwin lagi, sekaligus menganggap kunci utama dalam perkahwinan adalah kepercayaan antara satu sama lain.

“Benda ni dah lama kami bincangkan sejak belum kahwin lagi, macam Adam selalu remind Sweet,  yang paling penting adalah kepercayaan antara kami.

“Namun andai kata benda tu bagi kami tak ada masalah, tapi pada pandangan mata orang tak best, kami sendiri kena take note. Then, bila rasa sendiri benda tu too much maka nasihat dan pandangan orang luar juga amat penting bagi kami untuk memperbaiki diri sendiri,” jelasnya.

 

Ketika ditanya mengenai populariti artis yang dikatakan semakin merudum setelah berkahwin, Sweet bagaimanapun menepis dakwaan tersebut.

Ini kerana, mereka menerima banyak tawaran untuk berlakon bersama.

“Ia permulaan yang baik untuk tahun 2023 ini dan kami tak sabar nak terokai tahun ni sebab permulaan rezeki kami akan bergandingan dalam drama Tv3 berjudul Malam Zulaikah yang akan ditayangkan di slot Samarinda akan datang. 

“Kami tahu ramai yang nantikan kami berlakon bersama lagi tapi kami ingin kurangkan sebenarnya sebab takut orang akan berkata…asyik muka kami je.

“Sebenarnya dulu sebelum saya kahwin ada terfikir untuk tak mahu ada suami pada usia muda kerana risau populariti dan sebagainya, namun sebaliknya Allah dah berikan rezeki buat kami berdua dalam lakonan sehingga sekarang,”ujarnya.

 

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin